eKelas Penggal 2 Minggu 13

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 13 ini telah diadakan pada 14 dan 15 Jun 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag, dan disertai oleh seramai 10 orang pelajar.

Dalam eKelas minggu ini, para peserta mempelajari matapelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 yang diajalankan secara live tutorial bersama guru eKelas. Dalam kelas ini, para peserta didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan sebenar. Cikgu tersebut turut berkongsi tips-tips menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan betul. Selain itu, para peserta juga menjalankan aktiviti berkumpulan untuk bagi memastikan mereka faham tentang topik yang telah diajar.

Para peserta yang terlibat turut berpeluang membuat ulangkaji melalui portal eKelas dan Learning Port dimana mereka dapat mengakses nota serta soalan-soalan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, dan memanfaatkannya sebagai sumber rujukan tambahan bagi matapelajaran-matapelajaran tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali